Header Blog & Channel
                                      


                   

Simpan Janggut & Misai Untuk Kelihatan Awet Muda

Sedarkah anda lelaki kelihatan awet muda apabila mereka menyimpan janggut dan misai. Lelaki yang berpenampilan begini menyerlahkan kemudaannya walaupun umur mereka sudah berumur. Jadi, kepada anda diluar sana yang ingin menyimpan janggut atau misai, wajib ketahui manfaatnya di bawah ini. Ia sesuai untuk golongan lelaki sahaja.

1. Hindari ruam dimuka
Untuk mengelakkan ruam dimuka akibat melakukan pencukuran yang tidak berhati-hati, adalah lebih baik anda menyimpan janggut di muka samping menyerlahkan kekacakan anda itu.


2. Elakkan daripada lelah
Bagi anda yang mempunyai penyakit lelah, mudah mendapat sakit ketika terdedah dengan kawasan berhabuk. Jadi, dengan adanya misai yang tumbuh disekitar bawah hidung, menghindari habuk daripada memasuki rongga hidung.

3. Hindari daripada sakit batuk
Memiliki janggut yang tumbuh lebat disekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher. Sekaligus dapat mencegah anda daripada jangkitan selesema.

4. Melambatkan proses penuaan seseorang
Dengan adanya rerambut dikulit wajah mampu menyimpan lembapan dan menjadikan kulit sentiasa lembap. Lembapan membantu kulit anda kelihatan muda dan berkeadaan baik. Jadi, lelaki diluar sana pastikan anda menyimpan janggut dan misai dijaga dengan kemas dan teratur.

5. Terlindung daripada cahaya matahari
Tahukah anda janggut berupaya menghindari daripada terkena kanser kulit. Ia terbukti apabila para penyelidik berpendapat janggut dan misai rata boleh melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Jika anda seorang lelaki yang benar-benar ingin menjaga penampilan diri dan ingin mendapatkan informasi terkini mengenai kecantikan, silalah klik pada ruangan Kesihatan & Kecantikan, di servis 11channels.

No comments: