Header Blog & Channel
                                      


                   

Rambut Sihat Walaupun Bertudung

Wanita yang bertudung kelihatan manis, ayu dan anggun jika si pemakai menggayakan tudung dengan sempurna dan kemas. Tetapi, sedarkah kOrang walaupun bertudung, kOrang perlu pandai menjaga rambut agar tidak berbau atau rosak? Wanita yang bertudung seringkali dikaitkan dengan rambut berbau. Mungkin disebabkan dengan cara rambut yang ‘dibungkus’ selama beberapa jam atau mengikat rambut dalam keadaan yang masih belum kering lagi.


Bagi wanita yang bertudung, ada cara yang boleh mengelakkan rambut kOrang daripada berbau dan bebas daripada sebarang masalah. Antaranya adalah seperti:

1. Rambut kOrang hendaklah dicuci dengan syampu dan urut kulit kepala kOrang dengan menggunakan hujung jari secara lembut.

2. Disarankan mencuci rambut pada waktu petang agar terhindar daripada sinar matahari secara langsung.

3. Jika kOrang segera untuk bertudung, pastikan terlebih dahulu kOrang mengeringkan rambut dengan tuala atau pengering rambut.

4. Pastikan kOrang tidak menyikat rambut ketika basah. Ini untuk mencegah daripada kerosakan rambut

5. Jika kOrang dirumah, elakkan rambut kOrang sering diikat dan biarkan ia terlerai. Ini bagi memberi ruang kulit kepala daripada bernafas.

6. Pastikan kOrang menyikat rambut sebelum tidur dan elakkan tidur di atas rambut.

Jika kOrang seorang yang mengalami kerosakan rambut seperti berminyak, berkelemumur dan banyak lagi sila klik pada Shaima Herbal House atau imej di bawah ini.


Shaima Herbal House merupakan pengedar dan penjual produk kesihatan rambut kepada pelanggan yang mengalami masalah rambut seperti kekurangan rambut, keguguran rambut, masalah kulit kepala, berminyak dan banyak lagi. Terdapat pelbagai produk yang diyakini untuk membelinya.

Jika anda berminat, bolehlah klik di sini untuk mendapatkan informasi selanjutnya. Anda juga berpeluang melayari ruangan kecantikan di Kesihatan & Kecantikan, di servis 11channels.

No comments: