Header Blog & Channel
                                      


                   

Panduan Mudah Ketika Bergambar Majlis Perkahwinan Anda

Majlis perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah untuk diuruskan. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan perancangan yang teratur dan sempurna agar majlis dapat dilaksanakan dengan baik. Selain memikirkan bab penyediaan pakej perkahwinan seperti busana pengantin, make up, pelamin, khemah, kad kahwin dan banyak lagi. Perkara yang paling indah untuk merakam saat-saat indah adalah memilih fotographer.

Pastikan anda memilih fotographer yang betul-betul memenuhi citarasa dan kehendak anda untuk majlis istimewa nanti. Namun, tidak semestinya anda memilih fotographer yang profesional dapat menghasilkan kualiti gambar yang bagus tetapi anda juga sebenarnya memainkan peranan penting.

Sebagai contoh, anda perlu memainkan peranan penting seperti menampilkan aksi-aksi yang cool dan sporting ketika berhadapan depan kamera. Di bawah ini terdapat panduan untuk anda beraksi di hadapan kamera untuk majlis perkahwinan anda:-

1. Hadap sisi kanan
Menurut kajian dari Amerika Syarikat yang dipratikkan oleh Wake Forest Unversity telah mengkaji bahawa, sisi kiri wajah lebih menarik berbanding sisi kanan wajah. Jadi, untuk anda yang ingin mendapatkan gambar yang cantik, toleh sedikit ke sebelah kanan untuk menunjukkan sisi ‘terbaik’ anda. Ia menampilkan ilusi wajah anda lebih runcing khasnya untuk anda yang berwajah bulat.

2. Memilih asas solekan wajah yang sesuai
Untuk mendapatkan penampilan yang sempurna, elakkan daripada memakai bedak asas (foundation) yang memantul atau mengadungi bahan mineral titanium dioksida (pigmen reflektif) dalam jumlah tinggi. Lampu kilat (flash) kamera boleh mengubah kulit berembun anda menjadi pucat seperti seakan-akan rupa ‘hantu’ ketika cahaya putih memantul kembali daripada kamera.

3. Ekspreskan elemen terbaik di sekitar wajah anda
Jika anda memiliki mata yang cantik, tonjolkan atau serlakan solekan mata yang menawan dan tertarik. Jika anda memiliki tubuh badan yang cantik dan sempurna, pakailah busana yang sesuai bentuknya dan warnanya.

4. Elakkan melihat ke arah lensa
Jika anda melihat terus ke aras lensa boleh menyebabkan efek ‘red eye’ pada gambar. Jadi, fokuskan mata sedikit ke atas atau bawah lensa. Ini mengelakkan anda daripada berkedip ketika bergambar.

5. Elakkan daripada dagu berlipat
Jika anda memiliki dagu yang berlipat, pastikan kamera sejajar dengan mata anda. Cuba dongakkan kepala dan tonjolkan sedikit rahang.

6. Beraksi seperti gaya model
Jika inginkan gambar yang cantik dan menawan, beranganlah seperti gaya model. Lakukan ‘pose’ bersahaja. Jika mengambil gambar penuh, tampil dengan gaya klasik dengan mengiringkan sedikit tubuh tiga perempat daripada kamera, dengan satu bahu ke depan dan sebelah kaki di depan kaki yang lain. Tubuh anda akan kelihatan lebih langsing. Tahan sedikit nafas agar perut anda kempis.

7. Senyumlah dengan sempurna
Selalunya, apabila bergambar kita akan fokus pada mulut ketika tersenyum. Supermodel terkenal Tyra Banks, yang paling penting adalah “smize atau smiling with your eyes” (tersenyum dengan mata). Jangan ukir senyuman kerana terpaksa, tapi fikirkan hari bahagia anda dengan pasangan agar senyuman nampak lebih semulajadi. Sebagai contoh, senyuman berseri akan terlihat cantik bagi orang dengan gigi rapi dan sesetengah orang senyuman lebih santai akan membuat mata kecil terlihat lebih besar dan bibir nampak lebih peuh.

8. Sentiasa lakukan latihan gaya
Untuk mendapatkan hasil gambar perkahwinan yang cantik dan sempurna, anda boleh melakukan latihan yang terbaik terlebih dahulu. Anda boleh membuat latihan dengan membuat mimik muka dan posisi tubuh, senyuman dan ekspresi wajah yang berbeza untuk menghasilkan yang lebih menarik samada di depan cermin atau kamera sendiri.

No comments: