Header Blog & Channel
                                      


                   

Hapuskan Fikiran Serabut Anda Dengan Cara Berkesan

Setiap orang berpengalaman mengalami fikiran berserabut disebabkan terlalu banyak
berfikir dalam satu-satu masa sehinggakan tidak dapat memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting yang perlu di selesaikan. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya
kerunsingan adalah seperti rasa tidak puas hati, rasa marah, berdendam, tertekan dan
banyak lagi. Mungkin mudah untuk kita mengatakan dengan hanya
mengosongkan sahaja fikiran yang berserabut itu dengan memberi tindakan
mengalah atau melepaskan.


Tetapi, anda perlu ikuti cara-cara atau langkah-langkah yang betul untuk mendapatkan ketenangan fikiran yang sempurna. Antaranya adalah seperti:

1. Ambil Wudhuk

Bagi yang beragama Islam, cara terbaik untuk menenangkan fikiran atau ketika marah, ambillah wudhuk kerana air yang segar dapat memberi tenaga dan tumpuan yang diperlukan dan seri wajah anda akan pasti kembali ceria.

2. Menulis
Anda ingin melepas geram? Tetapi tidak tahu perkara yang terbaik dalam meluahkannya? Apakata anda mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dan senaraikan perkara-perkara yang terlintas di fikiran anda sehinggakan anda rasa puas hati. Jangan sesekali memaksa fikiran anda untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara yang membebankan dahulu. Relaks.

Cuba Kenalpasti Perkara Yang Ingin Diutamakan
Selepas anda melepaskan geram tidak puas hati dengan menulis di atas kertas, ambil masa seketika untuk menyenaraikan perkara-perkara yang berpandukan matlamat hidup anda. Antaranya seperti hidup anda dengan keluarga, kerjaya dan cinta.

Hilangkan / Buang Perkara Yang Tidak Penting
Buang jauh-jauh mengenai perkara yang remeh dan tidak relevan. Anda akan dapati kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan tidak produktif. Anda akan mulai terasa ringan kepala anda itu. 

3. Kongsi Masalah Anda
Bagi anda yang memiliki sahabat baik atau kekasih, kongsi atau luahkanlah masalah anda dengan mereka. Cara salah satu boleh menyelesaikan masalah adalah dengan mendengar masalah orang lain. Kongsilah dengan hati dan minda yang terbuka.

4. Rehat & Tidur
Punca salah satu fikiran anda berserabut juga adalah disebabkan tidak cukup rehat. Apakata anda pejamkan mata anda dan tidurlah secukupnya. Jika anda sukar untuk tidur, lihatlah ke arah kehijauan alam kerana dapat memberikan perasaan yang menenangkan. Positifkan fikiran anda.

Layarilah ruangan informasi mengenai masalah kesihatan anda di ruangan Kesihatan & Kecantikan, atau ruangan ini di servis 11channels.



No comments: