Header Blog & Channel
                                      


                   

Jenis Bunga Yang Sesuai Untuk Dihadiahkan Orang Sakit.

Mungkin terdetik di hati anda yang kita hanya menghadiahkan bunga untuk saat-saat kegembiraan dan manis ketika bersama dengan orang tersayang. Contohnya, ketika menyambut Hari Konvokesyen, Majlis Hari Jadi, Majlis Ulang Tahun Perkahwinan dan sebagainya. Tetapi, sedarkah anda ketika saat diri anda, kawan-kawan, saudara mara atau ahli keluarga mengalami kesakitan dan dimasukkan ke hospital sebenarnya kita sebagai manusia perlu sokongan yang kuat daripada orang sekeliling?

Anda tidak tahu cara-cara untuk memberikan semangat kepada mereka yang sakit? Tidak mengapa, terdapat beberapa jenis bunga di bawah ini dapat membantu anda memilih bunga mana yang sesuai untuk dihadiakan kepada mereka yang sakit. Sekurang-kurangnya mereka berasa diperlukan dan merasai orang disekelilingnya masih simpati atas kejadian yang mereka alami.

Antara bunga-bunga yang sesuai adalah seperti berikut:- 

1. Bunga Mawar
Bunga mawar adalah bunga yang paling tepat untuk diberikan kepada orang yang sedang sakit kerana harumannnya yang tersendiri membuatkan pesakit terasa segar apabila menghidunya malah sangat indah dan cantik ketika bunga ini mengembang mekar.

2. Bunga Matahari
Bunga ini persis seperti matahari. Bunga, bentuk dan coraknya benar-benar berupa sebuah matahari. Warnanya yang cerah dan sesuai untuk pesakit yang memerlukan semangat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Secara tidak langsung boleh menceriakan kepada pesakit-pesakit yang berada dalam keadaan murung.

3. Bunga Melati
Bunga melati adalah salah satu jenis bunga yang sangat sesuai untuk diberikan kepada pesakit kerana memiliki harumannya yang tersendiri malah sangat bermanfaat untuk kesihatan dan juga boleh dibuat minuman.


4. Bunga Aster
Bunga aster merupakan jenis bunga yang berasal daripada keluarga bunga asteraceae. Bunga ini telah banyak digunakan sebagai tanaman. Malah, bunga ini mampu menarik perhatian bagi sesiapa yang melihatnya dan sesuai untuk diberikan kepada orang yang sedang sakit.

Di harap informasi ini dapat membantu pembaca membeli jenis mana bunga yang sesuai untuk dihadiahkan kepada pesakit yang ingin anda lawati. Jangan lupa dapatkan lebih maklumat di ruangan Tips, di servis 11channel.

No comments: