Header Blog & Channel
                                      


                   

Beruntungnya Menjadi Perempuan

haii, salam.. kepada perempuan diluar sana, di artikel kali ini, saya nak sharekan pasal beruntungnya korang
menjadi perempuan, patut bersyukur kepada-Nya, dan bukannya bertungkus-lumus untuk mengubahnya menjadi lelaki jadian atau dipanggil "tomboy" :) .. saya menulis artikel ini bukan untuk saya nak jadi perempuan, jangan salah faham pula.. saya sengaja nak kongsikan benda-benda menarik dan berguna untuk kaum hawa sahaja. :)

1. perempuan bekerja kerana Allah dan menjadi kilang manusia.. tiap-tiap bulan korang diberi cuti selama
7-14 hari dan tidak wajib menunaikan solat 5 waktu..

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah berikan sebab
dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari
baligh sehingga habis nyawanya..

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan
dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa
perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat
pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

7. Perempuan lebih mudah untuk masuk syurga berbanding lelaki, korang hanya patuh pada suami, jaga kata-kata dan tidak meninggalkan sembahyang. :)

Semoga hari-hari anda diterima oleh Allah SWT.
Aminnn~

Like Kalau Suka Artikel ini ;)

No comments: