Rokok? dah menjadi kebiasaan manusia...tapi korang pun mesti tahu, yang rokok ni membawa padah kepada diri sendiri dan orang lain. tetapi ada sahaja yang hendakkanya.. bagai aur dengan tebing...
Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.
Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri korang dan berhentilah daripada membakar wang sesuka hati sekalipun korang seorang jutawan blog...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedakah jariah =)
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih
mudah
untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul
Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih
mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok.
Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi
program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti
merokok'.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal
No comments:
Post a Comment