korang masih ingat tentang disket yang pada awalnya, disket menjadi storan portable paling popular dan banyak digunakan oleh individu-individu mahir IT. Selain menjadi storan portable paling popular, disket juga menjadi medium utama kepada penyebaran virus. Namun, sekarang disket sudah tidak digunakan lagi kerana kewujudan pemacu kilat USB atau juga dikenali sebagai pendrive/thumbdrive/flash drive. Satu “sifat” disket yang diturunkan kepada generasi pendrive / thumbdrive adalah menjadi penyebar virus juga.
Tetapi anda tidak perlu risau, satu perisian istimewa telah dicipta untuk menyelesaikan masalah ini. Perisian ini sangat berguna pada pendrive / thumbdrive yang tidak mempunyai Write Protector. Perisian ini berfungsi sebagai penghalang sebarang virus atau file untuk menyalinkan dirinya ke pendrive. Perisian yang dimaksudkan ini adalah USB WriteProtector.
Perisian ini boleh dimuat turun (download) dan diguna secara percuma (freeware).
Cara untuk menggunakan perisian USB WriteProtector :
1. Extract file yang dimuat turun ke pendrive / thumbdrive.
2. Klik pada “UsbWriteProtect.exe”, akan keluar skrin seperti di bawah.
3. Tip pada USB write protection ON – untuk halang sebarang virus / file disalin ke pendrive korang.
4. Tip pada USB write protection OFF – untuk membenarkan sebarang virus / file disalin ke pendrive korang.
5. Download: Klik Sini
4. Tip pada USB write protection OFF – untuk membenarkan sebarang virus / file disalin ke pendrive korang.
5. Download: Klik Sini
No comments:
Post a Comment