Header Blog & Channel
                                      


                   

HUKUM RANTAI BURUNG HANTU





burung hantu dalam freemason



Aku suka burung hantu. Sebab aku rasa burung hantu seekor burung yang comel dan cool. Tetapi, tiba-tiba muncul segelintir manusia yang mengatakan rantai burung hantu haram dipakai disebabkan adanya unsur-unsur Freemason. 
Secara tidak langsung, ini bermakna burung hantu menjadi penyebab rantai tersebut haram dipakai. Jadi, adakah burung hantu haram di sisi Islam? Selepas ini, kita sebagai umat Islam wajib menyekat pembiakan burung hantu diseluruh dunia kerana burung hantu ada unsur-unsur freemason. Begitu? Tidak wajar mengaitkan haram sebab Freemason Tidak dinafikan, pergerakan Freemason ini 
memang wujud. Hukum memakai pakaian atau perhiasan yang memaparkan 
lambang persatuan dan simbol agama lain adalah haram. Tetapi, untuk mengaitkan 
rantai burung hantu itu haram disebabkan 
Freemason adalah tidak wajar. Jika rantai burung hantu haram disebabkan ada unsur freemason, adakah ini bermakna memakai rantai naga, cicak tokek atau binatang yang lain adalah halal? Dan jika selepas ini Freemason menyelitkan gambar ayam, adakah ayam haram dimakan dan Radix Fried Chicken terpaksa ditukar kepada Radix Fried Duck? Ayamas ditukar kepada Itikmas? Haram dipakai sebab dilarang dalam 
Islam Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek 
yang simpan di atas almari dan di hujung katil? 
Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, 
perbuatan tersebut adalah haram. Malah, 
Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung. 
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” 
(Hadis riwayat Muslim) Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan
Nabi SAW bersabda. 
Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e) 
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”(Surah al-‘Araf, ayat 31)

Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah. Ini aku tengok, yang tak tutup aurat pun sibuk sebarkan artikel ‘haram pakai rantai burung hantu sebab ada unsur Freemason’ tu. Artikel suruh tutup aurat taknak ambil peduli pulak? Tidak menutup aurat dan memakai perhiasan secara berlebihan itu bukan setakat ada unsur Freemason. Malah SAMA dengan orang kafir. Itu fakta! Yang sudah jelas haram pun orang tak ambil kisah. Inikan pula nak dikaji semua benda dan kaitkan dengan unsur Freemason. Bakteria seberang laut kau nampak. Dinosaur depan hidung kau buat tak tahu.





Apa salah burung ni?
Sekali lagi diingatkan. Rantai burung hantu haram dipakai bukan sebab ada unsur Freemason. Tetapi haram sebab Islam melarang segala jenis perhiasan yang berunsurkan makhluk bernyawa.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Maaf, pada pendapat saya hukum memakai rantai burung hantu haram juga adalah disebabkan freemason. Bagi saya, freemason adalah satu gerakan yang bertentangan dgn ajaran Islam. Oleh itu, apabila kita memakai sesuatu yg melambangkan sesuatu ajaran itu menyerupai kita menyokong ajaran tersebut. Sama juga seperti agama Kristian yg menggunakan salib sbg lambang ajaran mereka. Mengapa memakai salib adalah haram? Bukan shj rantai, malah pakaian, sticker dll. Ini kerana salib melambangkan agama Kristian. Begitu juga dn burung hantu. Maaf, ini cuma pendapat saya dr segi pemahaman saya. Mohon perbertulkan jika terdapat kesalahan padanya. Sama2 kita sebarkan Islam. Wallahualam