Mungkin ada yang akan beranggapan bahawa artikel ini hanya akan memperkayakan lagi fahaman Bucaillisme atau gejala tumpang sekaki (meminjam istilah yang gunakan oleh Profesor Dr. Shaharir Mohamad Zain
di kalangan umat Islam. Namun ia tidaklah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita ingin melihat keagungan Al-Quran di sebalik kajian-kajian saintifik sains moden dalam mengesahkan kebenaran Al-Quran 
sebagai kalamullah. Dalam Surah An-Naml ayat 88, Allah berfirman, 
Dan engkau melihat gunung –ganang, 
engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat 
seperti bergeraknya awan, demikianlah 
perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu 
dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya. 
Sesungguhnya Ia amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. 
 Seawal abad ke-2 
sebelum masehi, ahli falsafah terkemuka Aristotle telah 
mengemukakan model geosentrikuntuk 
menerangkan keadaan bumi di alam semesta. Model geosentrik ini menyatakan 
kedudukan bumi adalah pusat alam semesta, statik, dan diorbit oleh matahari serta 
planet lain. Pendapat ini turut disokong oleh 
model matematik yang di kemukan oleh Ptolemy bagi mengesahkan 
sokongan beliau terhadap model geosentrik ini. 
Model ini bertahan sehingga abad ke 16 sehingga seorang ahli 
sains terkemuka pada waktu itu, 
Nicholas Copernicus memperkenalkan model heliosentrik yang 
menyangkal idea yang dibawa oleh 
Aristotle melalui model geosentrik. Model heliosentrik ini menyatakan 
bahawa matahari adalah pusat
 alam semesta dan setiap planet termasuk bumi bergerak mengelilingi 
matahari. Model heliosentrik 
ini terbukti kebenarannya dengan sokongan ahli sains selepas 
beliau yang mengemukakan 
teori-teori yang mengesahkan model ini. Penciptaan teleskop 
juga memudahkan pencerapan alam 
semesta yang turut membuktikan kesahihan model tersebut. 
Hari ini, tiada siapa pun di dunia ini yang 
akan mengatakan bahawa bumi ini adalah pusat alam semesta. 
Melalui teori-teori yang dikemukan oleh 
saintis zaman ini dan melalui pencerapan bintang, kita memahami 
bahawa bumi kita bergerak mengelilingi
matahari dan bumi turut berputar di atas paksinya sendiri. 
Dari ayat di atas, telah Allah nyatakan 
kepada manusia bahawa kita menyangka gunung-ganang itu statik dan 
tidak bergerak, padahal, ianya bergerak 
dengan cepat seperti pergerakan awan. Apabila kita mengaitkan 
ayat tersebut dengan pergerakan bumi, berdasarkan 
pemerhatian kita seharian, kita akan mendapati ada sesuatu yang 
sangat penting perlu diberi perhatian dengan ayat 
Al-Quran tersebut. Tidak pernah sekalipun kita melihat gunung itu di 
suatu kedudukan tertentu dan melihat gunung tersebut di kedudukan lain pada keesokan harinya. Ayat tersebut menyatakan bahawa gunung-ganang itu bergerak, tetapi melalui pemerhatian kita setiap hari kepada gunung-ganang yang ada di sekeliling kita menunjukkan dengan jelas bahawa gunung-ganang itu tetap pada kedudukannya setiap hari. Jadi apakah yang Allah maksudkan dengan pergerakan ini. Melalui ayat itu juga Allah ada membuat perbandingan dengan pergerakan awan. Apa maksud Allah meletakkan perbandingan seperti ini. Perkara ini tentunya sesuatu yang menarik untuk dikaji perkaitannya.
Dari sini, jika kita semak semula ayat tersebut dengan teori Kerelatifan Khas yang dikemukakan oleh saintis terkemuka Albert Einstein, kita akan melihat 
kebenaran kitab Al-Quran itu sendiri melalui ayat yang dinyatakan di atas. 
Teori Kerelatifan Khas menyatakan bahawa, setiap pergerakan adalah relatif 
antara satu sama lain, yakni setiap pemerhatian akan dilakukan berdasarkan kepada titik rujukan dengan mengabaikan kesan graviti. Mengambil anologi sebuah keretapi yang bergerak di platform, teori ini dapat dijelaskan dengan lebih mudah lagi. Katakan kita meletakkan A yang sedang menimbang bola dengan tangannya di satu kedudukan di dalam keretapi dan B di platform. Keretapi itu bergerak dengan halaju v. Bagi pemerhatian ini, kita akan mendapati terdapat 2 titik rujukan, iaitu titik rujukan bagi A iaitu di dalam keretapi dan titik rujukan bagi B iaitu di platform. Bagi keretapi yang sedang bergerak, menggunakan titik rujukan di B, beliau (B) akan membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa A sedang bergerak, kerana kedudukan A telah berubah dari satu koordinat ke koordinat lain berikutan pemerhatian itu dibuat dengan berpandukan titik rujukan di B, tetapi apabila kita menggunakan titik rujukan A, beliau (A) akan menyatakan bahawa beliau tidak bergerak berikutan tiada perbezaan koordinat beliau dengan bola yang ditimbangnya, iaitu beliau berada pada kedudukan yang sama seperti sebelum keretapi tadi bergerak. Kita tentu sekali pernah merasai pengalaman seperti ini di lampu isyarat. Di mana kita tidak bergerak sebenarnya, tetapi pergerakan oleh kereta bersebelahan menyebabkan kita menyangka bahawa kita bergerak dan kereta sebelah itu statik. Begitu juga sebaliknya bagi orang yang berada di dalam kereta sebelah kita tersebut. Merujuk kembali kepada ayat di atas, dengan mengambil bumi sebagai titik rujukan, kita dan gunung- ganang tersebut berada dalam titik rujukan yang sama, jadi, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan atau pergerakan. Namun begitu, jika kita meletakkan seorang manusia lain (D) di awan misalnya, beliau (D) akan menyatakan bahawa beliau melihat kita bergerak mengikut pergerakan bumi dan beliau dalam keadaan statik. Namun bagi kita di bumi, kita akan mengandaikan bahawa kita adalah statik dan D sedang bergerak bersama sama awan. Di sini, sekiranya kita meletakkan seorang yang lain (E) di kedudukan bersebelahan bukit tersebut, beliau juga akan turut menyatakan kesimpulan seperti kita bahawa tiada perubahan pada gunung-ganang tersebut kerana beliau (E) turut berada dalam titik rujukan yang sama dengan kita dan gunung-ganang tersebut. Perubahan ini hanya boleh dikesan oleh seseorang yang berada di luar titik rujukan tersebut. Einstein hanya mengemukakan teori ini selepas tahun 1905 masehi. Nabi Muhammad telah di ajar oleh Allah berkenaan perihal ini pada 610 masehi. Mana mungkin Nabi Muhammad yang buta huruf pada waktu itu dapat menghasilkan satu kesimpulan yang jitu dan disokong oleh teori-teori kompleks yang dikemukakan oleh saintis-saintis terkemuka dunia. Ini merupakan satu bukti bahawa Al-Quran itu bukannya ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad dan ada kuasa Maha Agung yang mengawal alam semesta ini yang mengajar beliau. Sesungguhnya amat benarlah kata-kata Allah. 

 Catatan :// Penulis hanya menyebarkan dari artikel yg boleh dipercayaii  :)