Haii... jmpe lgi kitee...
mlm ni wan nk share kpd newbies tentang
Panduan mendaftar Blogger bagi yang belum memiliki akaun dengan Google.
sila ikOt tutOrial di bawah yee... ;)
1. Buka dan masuk ke laman Blogger di
Klik CREATE A BLOG:
2. Selepas klik CREATE A BLOG dalam muka Create a Google Account taip isi atau pilih maklumat yang diperlukan seperti berikut. Klik CONTINUE setelah semua maklumat dipenuhkan:
Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan
menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah
mendaftar
Retype Email Address:Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
Enter a Password :Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan
simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google
Blogger.
Retype Password :Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
Dispaly Name :Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan
dipaparkan dalam blog anda nanti.
Word Verification :Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan
tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula
sehingga ditaip dengan betul.
3. Name your blog, Taip masukkan Tajuk Blog dalam ruangan Blog Title. Taip alamat URL blog dalam ruangan Blog address (URL). Selepas taip alamat URL blog klik Check Availability untuk tentukan alamat URL yang ditaip boleh digunakan. Jika tidak dibenarkan tukar alamat URL yang lain. Kemudian klik CONTINUE:
4. Dalam muka Choose a template pilih satu template dari 12 yang disediakan dengan menandakan butang radio pada template.
- Minima
- Minima Black
- Dots
- Son of Moto
- No.897
- Scribe
- TicTac
- Thisaway Rose
- Snapshot
- Rounders 3
- Dots Dark
- Sand Dollar
5. Blog telah berjaya disediakan. klik START BLOGGING untuk menaip
pos yang pertama:
6. Blogger akan membuka muka Post Editor di mana ruangan ini adalah ruangan
untuk menaip pos blog yang pertama. Sila ikut panduan Membuat Pos Baru dan lain-lain
panduan yang disedikan untuk kemudahan anda.
dah siap... ehehe... dapat x tutOrial kt atas 2?
Selamat Mencuba dari saye... jmpe lgi di lai tutOrial... bye2
No comments:
Post a Comment